My Visitors

blogspot visitor counter

Saturday, February 12, 2011

Hikayat Sang Kelembai & Gajah Batu

Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai. Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Sang Kelembai dikatakan menyerupai perempuan cantik, berupa nenek kebayan,berupa kanak2 lelaki kecil juga dikatakan berupa gergasi yg besar dan tinggi.



Terdapat banyak versi mengenai kisah sang kelembai, ada versi di pahang,langkawi dan perak.Tetapi mengikut bukti , sang kelembai dikatakan wujud di negeri perak iaitu Kampung Gajah.Menurut versi di negeri Perak , Sang Kelembai sangat suka makan pucuk buluh.Penduduk kampung takut dengan sumpahan Sang Kelembai telah berpakat untuk mencantas pucuk buluh.Ini menyebabkan Sang Kelembai kehabisan makanan kesukaannya lalu keluar dari Kampung Gajah.

Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan,Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk Gajah.(gambar di bawah). Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu. Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.

Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
*sumber : Wiki*



Gajah Batu


Gajah batu ini sama sekali menyerupai bentuk gajah hidup (sebagaimana contoh yang kelihatan digambar), tidak seperti di tempat lain yang batu sungai atau batu gunung dan bukit seakan menyerupai gajah.Gajah batu ini terdiri dari seekor gajah dewasa dan dua ekor anak-anaknya (seekor besar dan seekor lagi kecil sedikit). Warga Telok Bakong dan sekitarnya yang lahir didalam tahun 50an dan 60an yang kini berumur sekitar 40an hingga 50an atau ada yang telah mencecah 60an memang tahu dan pernah melihat Gajah Batu ini. Ketika umur penulis sekitar 10 tahun, pernah melihat dari atas tebing Hospital Changkat Melintang rupa bentuk gajah batu ini dengan jelas tapi anak-anaknya tidak kelihatan.Menurut Puan Hajjah Fatimah anak-anak gajah batu ini telah tumbang kedalam air tasik. Ini berlaku ketika kemasukan tentera jepun tahun 1942 dan yang seekor lagi dua atau tiga tahun kemudian juga turut tumbang kedalam air tasik.

Kalau mengikut serpihan yang diambil dari badan gajah batu ini, batu badan gajah tersebut seperti batu kapur dan rapuh serta seroi. Waktu itu belalai dan telinga serta belakang badan gajah telah dirosakkan oleh mahklok yang mengerjakan kerja-kerja kurafat. 


**nampak gmbar ni cam xreal.tapi menurut forumers2, gajah batu ni memang wujud





Gajah Bentuk Batu

Inilah batu yang berbentuk gajah jika dilihat dari tepi.Dikatakan Pekan kampung Gajah dapat nama dari batu ni la.



Menarik sangat kalau sekali sekala dpt dengar Hikayat2 macam ni.Tp personal opinion aku la kan, mcm boleh dipercayai tau.rse nak je pi tmpat2 yg ade sejarah2 mcam ni.hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...